9 bulan..

~aku yg amat menyayangi kedua ibu bapaku..~

Wednesday, June 16, 2010

Perbazaan Hadis Sahih, Hassan, Daif dan Maudhu'

Hadis Sahih bermaksud:

Hadis Sahih ialah hadis yang berhubung/bersambungan sanad dari permulaan hingga akhir dan periwayat-periwayat tersebut bersifat berikut:

  1. Adil
  2. Kuat Ingatannya
  3. Sejahtera dari keganjilan
  4. Sejahtera dari kecederaan yang memburukkan

Hadis Sahih perlu cukup sanadnya dari awal sampai akhir dan oleh orang-orang yang sempurna hafalannya.

Syarat hadis sahih, iaitu:

  1. Sanadnya bersambung
  2. Perawinya sudah baligh
  3. Berakal
  4. Tidak mengerjakan dosa
  5. Sempurna hafalannya
  6. Perawi yang ada dalam sanad itu hams adil dan hadis yang diriwayatkannya tidak bertentangan dengan hadis Mutawatir atau dengan ayat al-Quran

Hadis Hassan bermaksud:

Hadis Hasan ialah hadis yang berhubung/bersambungan sanad dari permulaan hingga akhir dan periwayat-periwayat tersebut bersifat seperti Hadis Sahih, tetapi mereka tidak mempunyai ingatan yang kuat.


Hadis Daif bermaksud:

Hadis Dha'if ialah hadis yang tidak diketahui periwayat atau pun periwayatnya tidak bersifat seperti periwayat Hadis Sahih atau Hasan.

Hadis Dha'if adalah hadis yang tidak bersambung sanadnya, atau di antara sanadnya ada orang yang cacat. Cacat yang dimaksud, rawinya bukan orang Islam, atau belum baligh, atau tidak dikenal orang, atau pelupa/pendusta/fasik dan suka berbuat dosa.


Hadis Maudhu' bermaksud:

Hadis Maudhuk ialah hadis yang diriwayatkan oleh mereka dengan mendustakannya dari Nabi Muhammad s.a.w. pada halnya nyata tidak. Juga dikenali sebagai Hadis Palsu (diriwayatkan berdasar kepentingan tertentu).

“Hadis maudhu’ direka oleh puak syiah. Pemalsuan ini bertujuan untuk kepentingan dan menentang musuh. Pihak musuh juga terdorong untuk melakukan pemalsuan hadis Rasulullah s.a.w apabila mengetahui puak syiah menyebarkan hadis palsu untuk menentang mereka.”

Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Hadis
Oleh:

No comments:

Post a Comment